Negeri Pulau Pinang sangat sinonim dengan nasi kandar. Dari pagi hingga ke tengah malam, dimana-mana sahaja dalam Pulau Pinang memang senang nak dapat nasik kandaq ni! Admin
nak perkenai kedai-kedai nasik kandaq yang wajib ampa try kalau mai
Pulau Pinang. Dari restoran nasik kandaq bercawangan di seluruh
negara hinggalah ke gerai-gerai nasik kandar di tepi jalan. Jom kita
jelajah!
1. NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU
Terkenal
sejak tahun 1970an dalam kalangan masyarakat setempat. Nasik kandaq
syurrrrrrr ni beroperasi seawai 7 pagi sampailah tengahari di Blok A,
Flat Kampung Melayu, Air Itam. Membuka lagi sebuah cawangan Nasi
Kandar Kampung Melayu yang beroperasi pada sebelah malam pula, iatu
di Astaka Desa Mawar, Air Itam. Setengah orang kata yang di sebelah
malam lagi rancakkkk. Tapi yang pasti kuah ikan dengan kuah daging
depa memang marvellous dan mempunyai keunikan tersendiri kalau nak
dibandingkan dengan kedai nasik kandaq yang lain.
2. NASI KANDAR DEEN MAJU
Seakan
menjadi fenomena sekarang di Pulau Pinang, nasik kandaq Deen Maju
dari sehari ke sehari mengumpul peminatnya yang tersendiri. Terletak
di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan
pasaraya Gama. Dibuka pada pukul 2.30 petang hinggalah ke malam.
Kalau nasib tak baguih, pukul 8 malam pi pon tak dak apa dahhh.
Lincinnn! Apa-apa pun mai awai. Hahahaha Keistimewaan nasik kandaq
deen maju ni ialah lauk ayam goreng berempah dia. Kerangupan dan
keenakan ayam goreng dia memang A class! Ada yang sanggop tunggu dan
beratoq berejam-jam semata-mata hanya untuk mendapat sepinggan nasik.
Yang tak pernah try lagi, wajib pi try!
3. NASI KANDAR NS
Antara
nasi kandar 24 jam yang legend dalam Pulau Pinang. Ada orang panggil
nasik kandaq Sauban. Terletak di Jalan Burma berhadapan dengan 7
Eleven. Ayam goreng dan gulai ikan dia memang syurrrrrrr. Identiti
kedai NS nasik kandaq ni, kalau perati elok-elok pinggan depa ada cop
NS, kedai nasik kandaq lain mana adaaaa! Hahahahaha
4. NASI KANDAR BERATUR
Beroperasi
sejak tahun 1943, Nasi Kandar Beratur atau dikenali sebagai Nasi
Kandar Liyaqatali ni memang tidak lazim lagi bagi masyarakat Pulau
Pinang. Beroperasi pada pukul 10 malam dan ke atas. Kalau mai awai
tu, ada jugak orang meniaga nasi kat tempat yang sama. Tapi tu bukan
nasik kandaq beratoq la. Hahaha Terletak di Jalan Kapitan Keling dan
kedai ini betoi-betoi sebelah Masjid Kapitan Keling. Lauk dia kat
sini semua admin suka, terutama sambai nyioqqq dia. Satu ja admin tak
suka pasai nasik kandaq ni, cari parking. Boleh bebai woooooo!
5. NASI KANDAR DEEN JELUTONG
Ramai
orang confius nasik kandaq Deen Jelutong dengan nasik kandaq Deen
Maju. Kedua-dua kedai ini adalah di lokasi yang berbeza, waktu
operasi yang berbeza dan owner pun berbeza. Keistimewaan Nasi Kandar
Deen Jelutong ini ialah keaslian gulai ikan dia memang perghhhh!
Bubuh bendi 2, 3 bijik dah cukup untuk membangkitkan selera. Terletak
di Jalan Jelutong dan mempunyai cawangan terbarunya di Relau, iatu
Deen Baru Relau. Sana pun depa kata best jugak. Nanti admin nak pi
try sana pulak.
6. NASI KANDAR ALI AMEIR
Terletak
di area Jelutong, berdekatan dengan Balai Polis Jelutong. Nasi kandaq
ni sangat famous dalam kalangan masyarakat setempat. Kiranya orang
luaq tak tau sangat lah. Tapi series memang sempoi. Kuah daging dia
yang pekat dan kehitaman tu lah, yang buat bangkit selera admin.
Waktu operasi kedai Ali Ameir ni dibuka seawal 6 pagi. Yang tak
pernah try tu. Pi rasa tengok lagu mana. Hahaha
7. NASI KANDAR POKOK CERI
Terletak
di Jalan Air Itam, dan landmark berdekatan dengan kedai ni ialah
Market Dato Keramat dan Masjid Datuk Keramat. Istimewanya kuah nasik
kandaq dia memang "firm"! Pekena pulak dengan papadom!
Perghhhhh. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad akan ada menu
istimewa Nasi Tomato. Nasik tomato dia pun sempoi.
8. NASI KANDAR POKOK KETAPANG (GEORGETOWN)
Terletak
di Hutton Lane bersebelahan dengan Hotel Penaga. Kedai ini beroperasi
pada setiap hari 24 jam. Apa yang special pasai kedai nasik kandaq
ni, rasam dia yang memang asli dan sangat sedap. Bagi depa yang tak
tahu, rasam adalah sejenis sup herba yang amat bagus untuk memanaskan
badan serta memberi kesihatan dalaman badan. Selalunya kedai nasik
kandaq yang otai ja ada disediakan rasam ni.
9. NASI KANDAR MERLIN
Nasi
kandar ini terletak di bawah Hotel Merlin di Jalan Union, Georgetown.
Kedai ni dibuka pada waktu lunch sahaja dan hari weekend tutup.
Terkenal dalam kalangan pekerja-pekerja pejabat dan bank di kawasan
sekitar Union Street. Kira ni port makan depa laaaaaa. Keistimewaan
masakan di kedai ini adalah menu ayam masak hitam bawang diaaaaa,
gulai ikan dengan sambai nyioq. Memang sapa yang makan tu, mesti
cayaq punyaaaaaaa.
10. NASI KANDAR KAYU
Antara
nasi kandar yang mempunyai cawangan terbanyak dalam Malaysia.
Terdapat sebuah cawangan di Jalan Nipah, berdekatan dengan Hotel
Vistana, Bukit Jambul. Beroperasi 24jam setiap hari dan terdapat
pelbagai lagi jenis menu di kedai nasik kandaq ni. Antaranya ialah
mee goreng, roti canai dan macam-macam lagi! Menu lauk nasik kandaq
yang pelbagai jenis membuatkan pelanggannya rambang mata nak pilih
hattt mana satu! Paling admin suka, ayam masak madu depa. Series
memang sedap!
11. NASI KANDAR IMIGRESEN
Terletak
di Lorong Pasar di tengah-tengah kawasan Georgetown. Gerai ni
beroperasi di tepi jalan sahaja, meja lipat dan kerusi pon kat tepi
jalan ja, dan meniaga pun atas kereta roda tiga, tapi keenakan dan
rasa nasik kandaq ni memang tak boleh disangkalkan lagi. Sekali
pekena mesti tersandaq punya! Lagi satu nasik kandaq Imigresen ni pun
murah tau. Puaih hati la kalau mai makan kat sini. Waktu operasinya
dari 10 pagi hingga 9 malam dan hari Jumaat ampa toksah dok pi cari,
sebab kedai ni katup. Hehehe
12. NASI KANDAR SULAIMAN
Lokasi
kedai Nasi Kandar Sulaiman ini terletak di Jalan Utama, Air Itam.
Beroperasi seawal pukul 5 pagi hingga 12 tengahari. Kedai ni jugak
dikenali sebagai Famous Dhoby Ghout Nasi Kandar. Kedai legend ni
sangat famous dengan kari ikan dia, dan hampa wajib pi try gulai
sotong diaaaaaaa! Memang syurrrrrrrrrr. Sampai tak sedaq boleh tambah
dua kali wooooo. Dasyat tak penangan dia. Hahaha
13. NASI KANDAR LINE CLEAR
Antara
nasi kandar paling famous dalam kalangan tourist dan orang luaq Pulau
Pinang. Beratoq sampai ke jalan nuh. Nasi Kandar Line Clear
beroperasi sejak tahun 1949. Menu special depa, Kari Kepala Ikan
dengan sambai nyioq. Syurrrrrr. Terletak di Jalan Penang dan waktu
operasinya 24 jam. Membuka cawangan keduanya di Kampung Baru Kuala
Lumpur. So, pada sesiapa yang tak dan makan kat Penang, hangpa boleh
pi try yang KL punya cawangan.
14. NASI KANDAR SHARIFF
Dahulunya,
nasik kandaq legend ni meniaga pakai kereta roda tiga ja dekat area
Pejabat Pos Gelugoq. Sekarang, kedai nasik kandaq ni beroperasi di
dalam Kompleks Pasar dan Makanan Jalan Permai. Lebih selesa dan
parking pun senang cuma kena beratoq sat laaaa. Keistimewaan nasik
kandaq ni terletak pada campuran kuah yang memang sempoi. Ayam
goreng dia pun sedap! Kedai ni beroperasi pada pukul 5 petang hingga
10 malam dan tutup pada setiap hari Sabtu.
15. NASI KANDAR RAFEE
Sejak
tahun 1959 beroperasi, kedai nasik kandaq ni boleh dikatakan antara
nasik kandaq terbaik di Pulau Pinang. Lokasi nasik kandaq ini
terletak di Bandar Pulau Tikus, Georgetown berhadapan dengan Balai
Polis Pulau Tikus. Menu istimewanya ialah kari ayam dan ayam goreng
berempah. Sapa sapa pernah makan, mesti tau sedap dia tera mana.
Gerai yang beroperasi 24 jam ini jugak menyediakan hidangan roti
canai, murtabak dan bermacam-macam lagi.
16. NASI KANDAR TAJUDDIN HUSSAIN
Nasi
kandar legend ni sudah beroperasi sejak tahun 1977 dan masih relevan
dan setanding dengan nasik kandaq yang tumbuh bak cendawan kat bumi
Pulau Pinang ni. Terletak di Georgetown Little Indian iatu di Queen
Street. Lebih kurang 2 minit waktu berjalan dari Masjid Kapitan
Keling. Kalau mai sini tak pekena Kurma Kambing dia memang tak sah!
Memang terangkat habeh kuah kurma dia. Disamping itu, ayam masak ros
jugak antara menu tarikan utama kedai nasi kandar ni. Lauk lauk yang
admin habaq tadi boleh dimakan dengan nasi beriyani jugak. Memang old
time favorite!
17. NASI KANDAR KASIM MUSTAFFA
Kassim
Mustafa juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan di
Pulau Pinang terdapat di Chulia Street, Georgetown dan Seberang Jaya.
Menu istimewanya ialah Nasi Dalca. Nasi dalca dengan kuah dalca ubi
mengala dan ayam masak ros memang gandingan yang betoi-betoi boleh
menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Rugi sapa tak pernah
pekana oi.
18. NASI KANDAR ALI IPD
Kedai
yang berniaga di tepi jalan menggunakan kereta roda tiga ini terletak
di Jalan Dato Keramat. Kedai ini terletak betoi-betoi sebelah dengan
Balai Polis IPD Jalan Dato Keramat. Gerai ini dibuka pada pukul 6
petang hingga lewat malam. Istimewanya menu kat kedai nasik kandaq
ini ialah ayam goreng berempah yang digoreng panas-panas. Kalau boleh
ampa reqeust kerak-kerak ayam tu makan sekali dengan nasik. Memang
syurrrrrr.
19. NASI KANDAR CHOWRASTA
Ada
yang panggil nasik kandaq misai, ada yang panggil nasik kandaq
chowrasta. Kedai nasik kandaq ni femes dengan orang-orang lama saja.
Orang muda mana tau, hampa ralit dok pi deen maju jaaaa. Hahaha
melawak! Kedai ni terletak di Tamil Street bersebelahan dengan pasar
Chowrasta. Gulai ikan dia memang terbaik! Teringat kenangan dulu-dulu
admin masa kecik, abah bawak mai bukak posa kat sini. Kalau dengaq
siren Balai Polis Penang Road bunyi, barulah boleh makan. Hahahaha
20. NASI KANDAR HAMEEDIYAH
Nindiaaa
last sekali. Faveret admin! Nasik kandaq ni terletak di Champbell
Street, Georgetown. Kedai legend ini terdapat dua lot yang berasingan
iatu lot kedai original atau lot lama dan lot kedai baru yang berhawa
dingin. Kedai ini beroperasi sejak 1907 yang lalu dan menjadikan
gerai nasik kandaq yang paling lama bertahan dan beroperasi. Menu
nasi kandar di sini juga pernah diiktiraf oleh 50 chef yang
mengatakan memang sedap ketika Festival Makanan Asia pada tahun 2014.
Keaslian dan keenakan masakan di Hameediyah memang tak perlu
diragukan lagi. Kari Ayam, Kurma Kambing, Ayam Tandoori memang sedap
dan mempunyai rasa yang cukup lengkap. Murtabak ayam dan daging di
Hameediyah ini jugak antara menu best-seller. Kedai ini beroperasi
dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.